
Garfield story3 March 2013 | 0Superstar (s)!
"DONT BE LAZY,DONT BE GARFIELD, BECAUSE GARFIELD IS NOT A 4FLAT STUDENT"
Assalamualaikum,
Pagi-pagi dah membelek cik burung biru di komputer riba yang tak seberapa ni.Ye tak seberapa lah speaker pun nak pecah-pecah dah but still bersyukur at least adalah jugak kan.hehe.Okay sambung,then aku ternampak satu ayat ni,ye ayat kat atas ni lah.Oh aku begitu tertarik dengan ayat-ayat di atas.Dan aku terfikir Garfield ni seekor kucing yang disukai ramai,ramai yang mahu memilikinya dan malah kita rasa dia istimewa jika dibandingkan dengan kucing-kucing lain.Tapi kalau fikir other side,kucing garfield ni pemalas nauzubillah.malas dia fuhh tak boleh diungkap dengan kata-kata.Tiba tiba teringat kucing aku yang kat rumah tu.Cakap pasal pemalas,rasa malu sangat sebab aku dapat rasa yang sekarang aku lebih pemlas dari dulu.mungkin semakin kita besar semakin kita rasa kita boleh buat semua benda.semakin kita jauh dari keluarga semakinlah kita alpa dan leka.Dan semakin tu lah buat kita malas sebab takda ibubapa yang pantau kita dari jarak yang dekat berbanding waktu kita budak-budak dulu kan? Bila sembang pasal dekan,4 flat ni,aku teringat kat sorang ni,dia kira kawan aku merangkap exco kelab aku.Oh dulu aku sangat takut nak bercakap gan dia.Maksud aku segan lah sebab dia presiden and aku hanyalah adhoc.Dia pun nampak serious je.Tapi tulah orang cakap 'dont judge a book by its cover'. Sejujurnya aku respect dengan cara pemikiran dia.Aku try sembang gan dia satu haritu tanya pendapat segala bagai.ceh skema tahap ni tanya macam mana dia boleh dapat dekan setiap sem.Jawapan dia simple gila.
"bella,kita belajar bukan kerana dekan.Kita kena target yang terbaik buat setiap subjek yang kita belajar.Kalau kau target kau nak dekan,yang tulah kau tak dapat sebab kau belajar sebab dekan bukan nak yang terbaik "
Simple kan tapi serious aku terkesima sat dengan ayat tu.Dan bila difikirkan memang betul apa dia cakap.Aku hanya target nak dekan nak dekan tapi dalam masa yang sama aku tak bersungguh2 dalam setiap subjek yang aku belajar.Cuba korang fikir balik apa yang aku cakap ni.korang belajar sebab korang nak apa? kalau jawapan korang sama dengan ayat wan tu,alhamdulillah.Tapi kalau lah sama gan aku pada mulanya,jomlah kita tukar pemikiran kita.Tak lupa juga, kita belajar kerana ALLAH SWT dan juga kerana kedua ibu bapa kita.But still mak aku selalu ingatkan aku.
"adik,awak belajarlah sungguh-sungguh.Ni untuk masa depan awak bukan mak.Awak pandai dapat kerja bagus-bagus awak juga yang dapat untungnya.Awak kerja hebat ke apa,mak dengan ayah masih macam ni,mak ayah pencen,mak ada duit pencen mak.Tapi awak yang kena ubah diri awak dengan pelajaran yang ada"
Mak selalu ingatkan aku dengan ayat tu.Ye sebagai anak kita mesti nak yang terbaik dan buat mak kita bangga dapat anak yang berjaya kan,tapi dalam erti kata lain,benda ni semua untuk kita jugak.Masa depan kita,sampai bila kita nak bergantung gan mak ayah kan?Ingatkan orang harap diri ni tak lupa dengan semua benda ni InshaaALLAH.
xoxo,bellanasir :)
|
The Owner ![]() BELLANASIRS :) underlined, bold blockqoute Let's Talk!
The Credits! |