
2 March 2013 | 0Superstar (s)!
Assalamualaikum,Selamat pagi,tengah hari,petang,malam mahupun tengah malam :) Hari ke hari,aku dapat rasakan masa ini makin mendewasakan aku.Dengan pelbagai peristiwa yang dah berlaku membuka mata aku,apa itu kehidupan di universiti dan juga apa itu kehidupan di bumi ALLAH ini.Jika mahu diungkit kembali segala kesilapan yang dilakukan,agaknya tak tercukup buku untuk mencatatnya.Yelah manusia itu tidak pernah lari dengan melakukan kesilapan dan kesalahan.Lumrah dunia.Hari ini,rasa seperti ingin mengimbas kembali ceritaku ketika di part 1.bak kata mak, zaman hingusan Universiti lagi tu dimana semuanya blur-blur belaka.bak kata lect eco,Miss Rosmaiza.Ketika itu zaman zaman skema beli segala jenis buku teks yang baru.haha jika diingat kembali rasa mahu gelak tak berhenti.Pada waktu itu terasa diri sudah cukup Besar jika dibandingkan dengan adik Junior yang masih bersekolah.Yelah kita dah duduk Universiti dan menyangkakan bahawa Universiti itu sendiri bebas daripada seribu satu peraturan yang perlu diikut seperti berada di asrama Teknik Kuala Lumpur dahulu.Mahu dijadikan cerita,dulu ketika aku berada di Teknik KL,aku mengambil kursus Engineering in Electrical and Electronic.Secara terus terangnya pada mulanya aku langsung tidak berminat dengat kursus Engineering ini malah ketika aku berada di Tingkatan 4 aku merasakan bahawa aku hanya belajar untuk past spm kerana ini bukan minatku.Sehinggalah Pn.Yusnita iaitu guru Bahasa Melayuku mengajakku memasuki pelbagai pertandingan bahas,pidato dan juga Forum perdana.Ahaa inilah minatku,menyuarakan pendapat,berdebat dan seangkatannya.Sepertimana aku katakan,masa itu mendewasakan ku,dan aku bertekad by hook by crook aku nak juga sambung pelajaran dalam bidang perundangan.Tapi kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.Angan-angan ku untuk sambung foundation dalam bidang perundangan tidak tercapai disebabkan keputusan SPM yang tidak memberangsangkan.Apakan daya semuanya dah ditentukan ALLAH malah aku mendapat tawaran diploma dalam bidang Electrical di UiTM Penang.Ketika aku mmbaca surat tawaran itu,hanya ALLAH sahaja tahu betapa hampa dan sedihnya diri ini terpaksa menyambung pelajaran dalam bidang yang sememangnya aku tidak minat.bukan setakat itu,matriks pun aku dapat teknikal and again aku tak minat.Naluri mak kuat mengatakan aku tak berminat dan ini bukan bidangku.pelbagai cara mak buat naik turun Uitm ShahAlam bagi proses penukaran kursus.dan Alhamdulillah segalanya berjaya ditukar walaupun dalam masa last-minute.Aku memilih kursus pentadbiran Awam kerana inilah satu2nya kursus yang membolehkan aku menyambung degree dalam bidang perundangan InshaaALLAH.Dan Alhamdulillah aku gembira dengan apa yang sedang aku pelajari.Bidang ini membuka mata aku dengan pelbagai isu-isu politik yang aku tidak pernah ambil tahu sebelum ini.Membuka mata aku akan keadaan politik kita di Malaysia.Sem 1 aku masih terkial-kial menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran di universiti.Alhamdulillah aku berjaya lepas sem 1 tanpa sebarang pengulangan subjek begitu juga dengan teman rapatku disini.Gaduh-gaduh tikam lidah itu sudah menjadi adat resam berkawan.Gaduh macam mana pun kami,masih memerlukan satu sama lain dan itulah dinamakan ukhuwah persahabatan.Dan sekali aku aku panjatkan doa agar ALLAH permudahkan segala urusan ku disini dan juga tidak lupa rakan-rakanku.Moga-moga kita dapat grad sesama tepat pada masanya.Amin. xoxo, bellanasir :) |
The Owner ![]() BELLANASIRS :) underlined, bold blockqoute Let's Talk!
The Credits! |